Thursday, September 2, 2010

Veroboard

Surihan di atas veroboard sebenarnya satu rujukan paling mudah untuk membina projek sebenar di atas veroboard. Nmun begitu panduan seperti tracking yang perlu dipotong adalah penting bagi mengasingkan laluan sambungan di antara komponen. Di bawah ini saya tunjukkan imej yang perlu diketahui berkaitan dengan surihan veroboard.


Kotak kecil yang ada dot itu adalah tanda yang menunjukkan track veroboard dipotong. Kemudian vr jenis trimmer pot. Untuk vr yang bersaiz besar biasanya rajah menunjukkan penyambungan wayar sahaja.

Litar Peka Bunyi

Litar ini boleh beroperasi dengan hanya tepuk tangan atau ketip jari dengan kuat.



Terdapat banyak litar seperti ini. Ianya mempunyai fungsi yang sama dan juga hampir sama. Medium utama litar ini adalah mikrofon kecil jenis pemuat. Mikrofon ini berkutub positif dan negatif. Jika sambungan polariti ini terbalik, boleh menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik.

Penyambungan Litar

Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan.Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B
Bagi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat penyambungan kepada relay untuk alatan atau litar lain. Normal la tu. Dahulu pun saya mula-mula agak keliru. Lepas banyak buat latihan dan ulangkaji, Alhamdulillah boleh faham. Bnayakkan buat percubaan.

Jika berlaku kesilapan atau tak menjadi, itu tidak mengapa. Lagi bagus sebab boleh belajar dari kesilapan.

Friday, August 27, 2010

Apa itu RELAY????

Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti.



Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala.

Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi.

Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan plat besi yang sama seperti butang atau slide suis. Kaki gegelung pada relay tiada polariti positif dan negatif.

Untuk penyambungan kaki relay dengan litar lain seperti litar lampu atau kipas, sambungkan pada kaki Common dan Normally Open. Atau pun pada kaki Common dan Normally Closed. Pilih salah satu. Untuk tujuan menghidupkan alatan, pilih cara pertama dan jika mahukan alatan dimatikan apabila relay ON, pilih cara kedua. Pastikan alatan yang disambung disertakan dengan punca voltan kuasa. Ala... macam sambungan suis juga la...


Jadi bagaimana kalau ada relay yang lebih dari 5 kaki seperti 8 kaki tu? Jawapannya, sama je macam relay 5 kaki. Maksudnya 5 campur 3. Yang tambahan 3 kaki tu adalah suis yang kedua. Ia bertujuan untuk mengawal dua alatan atau litar. So boleh faham ye.

Basic Power Supply

Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini.
Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu lebih dari voltan yang anda inginkan. Sebagai contoh untuk hasilkan voltan dc 9 volt, voltan masukan perlu lebih dari voltan yang diinginkan seperti 12 volt atau 10 volt DC. Voltan masukan perlulah DC (arus terus). Jika anda ambil punca voltan dari transformer, pastikan anda tukarkan voltan AC kepada DC dengan membina litar penerus atau tambah diod saja.
Jika anda perlukan satu unit bekalan kuasa yang lebih selamat, anda hanya perlu membelinya satu unit untuk simpanan peribadi anda.

Transformer ( Pengubah )

 

Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja.


Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti:
  • power transformer
  • output transformer
  • driver transformer
  • IF transformer
Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan saja. Saya akan terangkan mengenai transformer kuasa yang digunakan untuk membina unit bekalan kuasa. Untuk membeli transformer yang betul, sila rujuk kepada senarai komponen yang diperlukan. Ini adalah penting untuk memastikan litar projek menerima bekalan kuasa yang sesuai. Pastikan juga Ampere yang betul. Jika Ampere kurang, litar bekalan kuasa tidak berupaya untuk menanggung beban litar projek yang besar dan banyak. Ampere yang sesuai adalah antara 1A hingga 2A. Itu sudah cukup. Nak tinggi lagi pun boleh dan jangan terlalu kurang dari 1A. Jika kurang, litar masih boleh berfungsi dengan baik tetapi jika ada bebanan lebih, ia mungkin mengundang masalah seperti litar projek tidak berfungsi dengan baik (masih lagi berfungsi).

Satu lagi, kepada yang kali pertama guna transformer ini, jangan suka-suka pegang mana-mana bahagian transformer yang telah disambungkan ke punca AC. Pastikan wayar yang disabung dibalut dengan pita yang sesuai atau dengan tiub heat shrink. Pastikan juga dapatkan nasihat dari yang mahir dalam mengendalikan transformer. Salah langkah, boleh bawa kecederaan atau pun maut. Jika tidak tahu mengenai transformer, belajar dahulu dan dapatkan latihan dari tenaga mahir.

Simbol Asas Elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka.

Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya.
Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang ini, kedua-dua simbol boleh digunakan dan tiada masalah pun asalkan kita memahaminya. Sedangkan saya lebih suka menggunakan simbol segiempat panjang.

Jadi bagaimana untuk mengingati kesemua simbol-simbol ini. Banyak cara tetapi cara paling mudah adalah selalulah melihat dan membaca diagram litar elektronik. Selain itu perlu rajin buat projek elektronik. Pada masa yang sama, kita mampu mengingati simbol-simbol ini tanpa perlu menghafalnya seperti menghafal fakta sejarah.

Related Posts with Thumbnails